Kereta Sewa Kuala Terengganu
0107860600

Anda Sedang Mencari kereta Sewa di Kuala Terengganu?

Jangan Risau !

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri di sekitar bandar Kuala Terengganu dan Negeri Terengganu untuk anda, pelanggan kami samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa. 

Kami menawarkan perkhidmatan ini dengan pakej harga yang murah, jimat, & berpatutan secara harian, mingguan mahupun bulanan. Dengan kenderaan yang Tip-Top, Bersih, Wangi & semestinya selamat dipandu, kami yakin anda akan berpuas hati apabila melanggan kenderaan kami.

Kami "follow" jadual anda

Paling mustahak, anda booking awal dan kami bersedia membuat pengaturan penghantaran untuk servis  ‘Delivery Pickup’ dan ‘Delivery Return’ kereta kemana-mana lokasi yang anda rancang dengan kadar nilai yang berpatutan. Sebagai contoh, penghantaran di :

  • ‘Airport’ Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu 
  • Terminal Bas MBKT bersebelahan Paya Bunga Square
  • Hotel-Hotel & Homestay sekitar Bandar Kuala Terengganu
  • Jeti-jeti ke pulau seperti Jeti Syahbandar & Jeti Marang

0107860600 WA kereta Sewa Terengganu dengan pakej harga yang murah, jimat, dan berpatutan + Servis penghantaran.
Kenderaan yang Tip-Top, Bersih, Wangi & Semestinya Selamat untuk Dipandu
Di Antara Reviu daripada Pelanggan angohkeretasewakt.com

Kenapa perlu sewa kereta di Kuala Terengganu
dengan angohkeretasewaKT.com

Kami adalah pengusaha anak jati tempatan dan bukannya orang tengah. Anda berurusan secara terus dengan kami yang berpengalaman dalam mengendalikan kereta sewa di sekitar Kuala Terengganu. Perkhidmatan berorientasikan pelanggan dan mempunyai rekod servis pelanggan bersama kami yang melebihi 300++ orang pelanggan.

Reviu yang cemerlang

Rating dan perkongsian ramai di antara ukuran sesuatu servis yang diterima. Maklumbalas pelanggan yang kami terima adalah positif dan amat baik samada melalui Whatapps ataupun media sosial. Berdasarkan jumlah rating maklumbalas  yang diterima angohkeretassewaKT, ramai yang mencadangkan servis kami kepada rakan2 yang lain dan ini menjadikan di antara servis yang terbaik yang boleh anda dapatkan di Kuala Terengganu.

Harga murah & Berpatutan

Serendah RM100 sehari, mana lagi anda boleh dapatkan servis sewaan kereta serendah RM100 sehari di Kuala Terengganu. Kereta bersih dan sentiasa diselenggara dengan baik antara yang membuatkan orang ramai dan pelanggan semasa sering kembali untuk mendapatkan servis daripada AngohkeretasewaKT. Anda akan terus dapat diskaun lagi sekiranya  tempoh sewaan lama dan sekurang2nya 3 hari dan lebih. Terus hubungi kami untuk tawaran lanjut.

best service
Servis yang efisien

Semestinya servis yang efisien sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Disebabkan itu, peniagaan kami mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan pasukan yang mahir dalam  memenuhi permintaan ramai pelanggan dengan serentak. Perkara ini pastinya memudah cata untuk anda berurusan dengan kami. Dalam kata lain, urusan temujanji pengambilan dan penghantaran kenderaan boleh diatur secara lancar tidak kira di mana lokasi anda berada.

mesra pelanggan & Responsif

Kami mengamalkan perkhidmatan mesra pelanggan yang tentunya menjadi pilihan ramai untuk berurusan. Pendekatan ini kami amalkan di angohkeretasewaKT kerana memahami bahawa servis yang baik bakal membuatkan para pelanggan berpuas hati, sekaligus membuatkan sewaan kembali semula pada masa akan datang. Tambahan, responsif dalam berkomunikasi kami terapkan dalam urusniaga untuk menaiktaraf servis kami. Anda komen, kami dengar.

Apa Yang Diperlukan

I/C dan Lesen Memandu

Merupakan dokumen yang wajib ada untuk sewa kereta iaitu kad pengenalan dan lesen memandu yang sah. Ini selaras dengan peraturan semasa yang mana wajib ada lesen untuk memandu kenderaan di jalan Malaysia. Bagi selain daripada warganegara, anda boleh kemukakan dokumen Lesen Memandu Antarabangsa atau daripada Negara Asal yang di iktiraf oleh JPJ Malaysia.

Deposit Keselamatan

Selain daripada wang sewaan kereta. Kami ada mengambil deposit keselamatan atau cagaran sebagai imbalan. Jika pelanggan mengembalikan kereta dalam keaadaan baik sebagaimana keadaan ketika ambil dan tanpa sebarang saman dari pihak berkuasa. Kami akan memulang semula sepenuhnya deposit keselamatan tersebut.

Bil Utiliti

Ini adalah pilihan. Biasanya jika anda ingin menyewa kenderaan mewah. Sebagai dokumen sokongan untuk tujuan tersebut. Dokumen akan diminta terdahulu jika diperlukan sahaja sebelum apa-apa bayaran dilakukan. Untuk kenderaan biasa, cukup sekadar memberitahu tempat anda bekerja samada di Kuala Terengganu, Lembah Klang, atau dimana-mana di Malaysia.

Cara tempahan 'BOOKING' Semudah 1..2..3..4 langkah

Bagi memudahkan urusan anda dengan kami,anda hanya perlu klik butang tempah dibawah dan terus ke nombor Whatsapp kami. Rujuk bahagian katalog untuk memudahkan anda melihat senarai kereta-kereta yang kami tawarkan beserta kadar harganya sekali. 

Yang paling menarik, ‘DISKAUN UNTUK SEWAAN JANGKAMASA PANJANG’ iaitu lagi lama anda sewa, lagi murah harga kereta sewa kami ye. Sila tawar menawar untuk dapatkan pakej harga yang terbaik. Mudah lagi senang kan?

1. Buat Tempahan

Melalui whatsapp/call : 0107860600

2. Kami Semak Jadual

Kami akan semak jadual untuk memastikan sama ada kereta 'available' atau tidak.

3. Anda Bank-in Deposit minimum RM50

Kami akan berikan no. akaun untuk anda 'bank-in' deposit tanda jadi.

4. Siap !

Buat temujanji masa dengan kami untuk dapatkan kereta anda!

Lokasi Kami

Hubungi Kami

Call/Whatsapp Sekarang

010-786 0600

Whatsapp Sekarang
Assalamualaikum/Salam sejahtera !
Boleh saya bantu ?